- Kenderaan berplat KV atau yang berdaftar di Langkawi perlu mendaftar SATU hari sebelum tarikh perjalanan. Perlu membawa GERAN Kenderaan yang ASAL dan pemilik sendiri perlu membuat pendaftaran.
- Kenderaan berplat KV atau yang berdaftar di Langkawi yang telah mendaftarkan kenderaan untuk keluar, tidak boleh menukarkan kenderaan tersebut dengan kenderaan lain.
- Kenderaan yang telah mendaftar untuk keluar, tidak boleh membatalkan pendaftaran tersebut. Sekiranya dibatalkan, denda akan dikenakan kepada pemilik kenderaan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia.
- Kendaraan mewah, contohnya Ferrari, Lumborgini, Bently, Mercedes, BMW dan lain-lain perlu merujuk kepada Pejabat Pengurusan terlebih dahulu.
- Kenderaan berplat luar, kecuali bebas cukai contohnya Labuan, boleh mendaftar 2 jam sebelum masa perjalanan.
- Pemilik kenderaan yang telah berdaftar untuk keluar, perlu memaklumkan membawa penumpang OKU supaya anak-anak kapal dapat menyusun kenderaan tersebut di laluan yang berdekatan dengan tempat duduk.
- Jadual Perjalanan boleh ditukar bergantung kepada air pasang surut pada bila-bila masa tertakluk kepada pindaan dan tanpa notis.